Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang uang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "INNA LILLAHI WAINNA ILLAHI RAJIUUN".Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini",sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang2 yg sedang bersendiri lalu mengigat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dgn apa yg ada dan x loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini,
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.




















